Isnin, 19 September 2011

5. Kisah malaikat dengan raja yang sombong

Kata wahab bin munabbih: " ada seorang raja yang hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu raja itu meminta pakaian yang cantik-cantik, walaupun banyak pakaian yan dicubanya namun dia tidak juga berasa puas hati. Akhirnya dia memakai pakaian yang paling baik sekali."

Kata wahab lagi: "begitu juga dengan kenderaan yang hendak dinaikinya, banyaklah kenderaan yang dinaikinya sehingga sesuai dengan kehendaknya.setelah raja itu berpuas hati dengan keinginannya lalu datanglah iblis menghembuskan dalam lubang hidung raja itu menjadi oran yang cukup sombong."

Wahab meneruskan ceritanya: "selepas itu datang seorang lelaki memberi salam, tetapi oleh kerana terlalu sombong raja itu tidak mahu menjawab salam lelaki tersebut. Lalu lelaki itu memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja itu."

Oleh itu lelaki itu memegang kuat tali kuda raja itu maka marahlah raja itu dengan berkata: " lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau."

Lelaki itu berkata: " aku ada keperluan yang hendakku sampaikan kepadamu sekarang."

Raja berkata: "sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini dahulu."

Lelaki itu berkata: "tidak, aku hendak sampaikan berita itu sekarang juga".

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja itu mengalah dan berkata kepadanya : "katakan apakah keperluan yang engkau hendak"
Lalu lelaki itu berkata: "ini adalah rahsia."

Oleh kerana ada rahsia yang hendak disampaikan maka raja itu pun mendekatkan telinganya kepada lelaki itu pun berbisik: "sebenarnya aku ini adalah malaikat maut."

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu maka gementarlah seluruh anggota raja itu dan dia berkata: "wahai malaikat maut, tinggalkanlah aku buat seketika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah melihat mereka semua."

Kata malaikat maut: "tidak! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya."

Setelah berkata demikian maka malaikat maut pun mengambil nyawa raja itu, dan jatuhlah raja itu dari kudanya bagaikan kayu yang pecah. Malaikat maut pun berlalu meninggalkan tempat itu.

Perbezaan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman adalah sangat jauh, kalau seorang yang tidak beriman maka matinya dengan penyesalan dan bagi orang yang beriman apabila datang malaikat maut dia akan menanti dengan ketenangan.

Kita ikutilah kisah selanjutnya tentang malaikat maut ini. Setelah malaikat maut selesaikan tugasnya terhadap raja yang sombong itu maka pergilah dia bertemu dengan seorang mukmin, lalu malaikat maut memberi salam dan orang mukmin itu menjawab salam tersebut.

Malaikat maut berkata: "sebenarnya aku ada hajat yang hendak disampaikan, tetapi aku hanya akan beritahumu dekat dengan telingamu."

Orang mukmin itu berkata: " silalah sebutkan hajatmu itu". Malaikat maut berkata: " sebenarnya aku ini adalah malaikat maut."

Orang mukmin itu lantas berkata: "selamat datang, sudah sekalian lama kamu datang kepadaku. Demi Allah! Tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku ingin berjumpa kamu."

Malaikat maut berkata: "kalau kamu ada apa-apa hajat silalah tunaikan dahulu."

Orang mukmin itu berkata lagi: "wahai malaikat maut, aku tidak mempunyai apa-apa hajat yan lebih besar selain cinta aku kepada Allah dan aku hendak bertemu dengannya".

Malaikat maut berkata: "pilihlah baggaimana cara yang engkau kehendaki aku mengambil nyawamu."

Orang mukmin itu berkata: "sanggupkah kamu melakukan seperti kehendakku?"

Jawab malaikat maut: "ya, aku sanggup, katakan sahaja sebab sememangnya aku telah diperintahkan begitu."

Kata orang mukmin itu: "wahai malaikat maut, tinggallah aku buat seketika kerana aku hendak mengambil wudhu dan aku hendak mengerjakan solat, setelah itu kamu ambillah nyawaku itu sewaktu aku sujud."

Akhirnya malaikat maut mencabut roh orang mukmin itu ketika dia sujud menghadap Allah s.w.t.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan